Ilmu Dunia dan Akhirat Blog's. Mencari, Memahami dan Menyimpulkan. Ilmu Dunia dan Akhirat.

EMPAT JENIS MANUSIA DALAM DUNIA


Syeikh Abdul Qadir Al- Jailani :

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan
berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada
mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi
dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman
serta menggerakkan anggota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.


Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan
mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul
dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan
penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka.
Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang
yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik,

Pembimbing kepada agama Allah, Penyampai dan pengajak kepada
manusia kepada jalan Allah. Berjaga-jagalah jika kamu hendak
mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri
amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika
kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah,
maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan
diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali; "Jika Allah
membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu
terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".

2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang

dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka
sendiri lari dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh
orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka
menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri
melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka
bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan
kepada Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah
orang alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,
larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,
kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan
api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan
membunuh kamu.

3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.

Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka
daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan
tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri
mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang
kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan
kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan
kejahatan kerana bercakap banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan
bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;
"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;

"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh
bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam
rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan
diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada
mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul
dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu
berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan
dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan
hamba-hambanya yang Soleh.
4. Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), 


diberi
pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan
mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib
dan permuliakan".

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan
tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat
berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi
kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka
hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan
membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk
menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan
mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan
Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu
"Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang
mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka
sentoasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung.
Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau
puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah
orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh
itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan
dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa
dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada
empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk
memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah
diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita
menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini
dan di akhirat kelak.
Tag : BERANDA, REMAJA
0 Komentar untuk "EMPAT JENIS MANUSIA DALAM DUNIA"

Komentarlah Dengan Baik dan Benar. Jangan ada SPAM dan beri kritik saran kepada blog ILMU DUNIA DAN AKHIRAT.

Mengingat Semakin Banyak Komentar SPAM maka setiap komentar akan di seleksi. :)

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berbicara yang baik-baik atau diam." (HR. Bukhari)

>TERIMA KASIH<

ILMU DUNIA DAN AKHIRAT. Powered by Blogger.
Back To Top